Wednesday, 22 April 2015

Akademi Golf Nasional UUM

Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan antara sebuah universiti yang terkenal di Malaysia. UUM yang terletak di utara semenanjung Malaysia ini merupakan satu antara dua university Malaysia yang mempunyai padang golf. Padang golf di UUM dinamakan Kelab Golf Rekreasi Universiti Utara Malaysia (KGRUUM), yang megandungi padang golf 9 lubang. Di universiti ini juga ada akademi golf nasional yang bertujuan untuk melahirkan pemain golf yang handal dalam sukan ini dan mempunyai pelajaran yang tinggi.
            Pada masa ini, akademi golf nasional mempunyai 32 pemain yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia dan 2 orang pemain telah menjalani pratikum di padang golf Kuala Lumpur Golf and Country Club dan Saujana Impian Golf Club. 2 orang pelajar yang menjalankan pratikum tersebut sangat menarik perhatian pengurus-pengurus padang golf kerana mereka adalah pemain golf yang ahndal dan berpelajaran tinggi. Disebabkan ini, akademi golf nasional ingin menambah bilangan pelajar untuk mencukupi kehendak industry golf di Malaysia. Akademi golf nasional juga menghantar pemainnya untuk mewakili universiti ke pertandingan-pertandingan yang berprestige in Malaysia untuk meningkatkan nama akademi dan universiti. Ramai pemain nasional juga berminat untuk menyertai program akademi golf nasional kerana program yang ditawarkan sangat menarik dan memberi manfaat.

            Industry golf di Malaysia amat memerlukan pelajar-pelajar akademi golf nasional kerana pelajar akademi golf nasional mempunyai ciri-ciri yang bagus untuk mengembangkan sukan ini di Negara kita. Akademi golf nasional telah menjalankan tugas yang bagus dan telah Berjaya melahirkan pemain golf yang handal dalam sukan golf dan berpelajaran tinggi.
 

Sejarah Golf di Malaysia

            Pada masa yang dulu, permainan golf adalah salah satu sukan yang berprestige, hanya golongan elite dan golongan diRaja boleh bermain permainan ini. Dan pada masa kini, permainan golf ini tidak lagi dimonoplolikan oleh golongan elite dan golongan diRaja kerana permainan ini bermula berkembang dengan maju di Negara kita dan sukan ini terbuka kepada orang ramai. Hampir semua lapisan masyarakat dari murid hingga pesara berminat permainan golf. Di Malaysia sahaja dianggarkan ada 300 padang golf dan kadar pertumbuhan setiap tahun 5%.
            Golf dibawa masuk oleh British semasa British menjajah Malaysia. Pada masa itu, golf hanya terbuka kepada golongan elit dan diRaja. Selepas Malaysia merdeka, permainan ini bermula berkembang di seluruh Malaysia dan terbuka kepada orang ramai. Apabila permainan ini dibuka kepada orang ramai, bilangan pemain golf di Malaysia meningkat menyebabkan kehendakan padang golf tidak mencukupi dan lebih banyak padang golf dibina. Daripada pemain golf di Malaysia ini, ada sebilangan pemain yang handal dalam sukan ini dan pemain ini bermain golf untuk mendapatkan keuntungan. PGM (PROFESSIONAL GOLF MALAYSIA) Tour yang ditubuhkan oleh Tun Ahmad Sarji, bertujuan untuk menganjur pertandingan untuk pemain-pemain handal ini untuk memajukan sukan ini dan menjadikan pemain Malaysia lebih terkenal di pentas antarabangsa. MGA (MALAYSIA GOLF ASSOCIATION) adalah satu organisasi yang ditubuhkan untuk menjaga pemain amatur di Malaysia. MGA mengadakan pelbagai program dan pertandingan untuk pemain amatur. Program dan pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan sikap bertanding diantara permain amatur dan menambah baikan kemahiran pemain tersebut.
            Golf adalah satu permainan yang boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira umur dan jantina. Permainan golf ini juga boleh dijadikan sebuah kerjaya dimana seseorang permain boleh bermain secara professional ataupun jurulatih. Permainan golf ini boleh berkembang lagi di negara kita dan dijadikan lebih maju seperti negara-negara barat. 

Jenayah Budak Sekolah

                Sejak akhir-akhir ini, kes jenayah semakin menjadi-jadi dan semakin menigkat. Pelbagai jenis jenayah berlaku setiap hari sehingga membimbangkan semua pihak kerana jenayah mengancam keamanan, ketenteraman, dan kebahagiaan masyarakat dan Negara. Terdapat dua jenis jenayah, jenayah ringan dan jenayah berat. Jenayah ringan adalah seperti mencuri, samun dan meragut dan jenayah berat termasuk membunuh, merogol, mendera atau mengedar dadah. Kebanyakan kes jenayah ini berlaku disebabkan kekurangan duit dan terdesak untuk melakukan jenayah untuk mendapatkan duit untuk teruskan kehidupan seharian. Kekurangan didikan atau didikan yang salah juga adalah punca yang menyebabkan kes-kes jenayah ini berlaku. Pada masyarakat kini, kita boleh lihat kes jenayah juvana yang melibatkan pelajar sekolah semakin meningkat dengan kadar yang sangat membimbangkan kerana generasi ini adalah masa depan Negara kita. Menurut statistik, pada tahun lepas terdapat 7,816 kes jenayah juvana iaitu kes yang melibatkan pelajar sekolah. Bilangan ini agar mengejutkan walaupun kebanyakan daripada kes ini adalah kes jenayah ringan. Faktor-faktor yang melibatkan pelajar sekolah dalam kes jenayah ini adalah didikan yang tidak betul dan kekurangan kasih sayang oleh ibu bapa.
            Didikan adalah sangat penting dalam pembagunan seorang anak kerana semasa anak itu kecil, anak itu akan menyerap apa-apa saja yang berlaku disekelilingnya dan percaya cakap-cakap orang lain disebabkan pemikirannya masih mentah. Semua ibu bapa ingin anaknya menjadi seorang insan yang baik pada masa depan, tetapi terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anak tersebut tidak dapat didikan yang betul. Antaranya adalah masyarakat kini yang sibuk dan ibu bapa tidak dapat meruangkan masa untuk mendidik anak dan akhirnya anak tersebut belajar ataupun terdedah kepada pengaruh kawan di sekolah. Kerana anak tersebut berada di sekolah pada masa yang panjang dan anak tersebut akan mendapat lebih perhatian dari kawan berbanding ibu bapa di rumah. Apabila anak tersebut percaya kawannya lebih dari ibu bapa di situ bermulanya kes-kes jenayah ini. Kasih sayang amat diperlukan oleh anak kerana apabila anak tersebut dapat kasih sayang yang mengcukupi anak tersebut akan ingat ibu bapa dalam setiap perbuatan anak tersebut dan anak tersebut tidak senang dipengaruh oleh orang lain. Apabila seorang anak tidak dapat kasih sayang yang mencukupi, anak tersebut akan menjadi panas baran dan ganas kerana tidak cukup kasih sayang oleh ibu bapa.

            Kes jenayah juvana ini amat membimbangkan masyarakat dan Negara, pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan sebanyak mungkin atau menbasmikan kes-kes juvana ini seperti kempen, ceramah atau mengetatkan undang-undang dan mengambil tindakan yang lebih keras keatas juvana ini kerana generasi ini akan menentukan masa depan Negara kita.
 

Tuesday, 7 April 2015

Golf Bakal Jadi Sukan Marhean

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golf bukan sahaja menjadi sukan elit malah diperluaskan sebagai sukan rakyat yang boleh dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia.
sepatutnya semua lapisan rakyat negara ini boleh bermain golf, kata beliau sambil berharap lebih ramai rakyat Malaysia muncul sebagai pemain golf termuka pada masa akan datang. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Golf Malaysia(MGA) kerana memulakan program bagi menggalakkan golf diperingkat sekolah dengan 11 buah sekolah kini mengambil bahagian dalam program ini." kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Terbuka Maybank Malaysia 2015 di Kuala Lumpur Golf and Country Club(KLGCC) di Kuala Lumpur. Anirban Lahiri dari India menjuarai kejohanan itu dengan membawa pulang trofi dan AS$ 500,000 yang disampaikan Najib di lubang ke-18 lapangan golf KLGCC. Najib turut mengucapkan tahniah kepada pemain golf negara Danny Chia yang muncul sebagai pemain terbaik Malaysia pada kejohanan itu dan Gavin Kyle Green yang dinobatkan sebagai pemain amatur terbaik kejohanan itu.
Najib juga memuji Maybank kerana menjadi penaja utama yang sangat baik sejak 10 tahun acara itu diadakan.

Lahiri bersedia untuk pertandingan "The Master"

Aniban Lahiri, berasal daripada India, akan mencapai impiannya untuk bermain kejohanan "The Masters", mengharap ini akan menjadi langkah yang seturusnya untuk mencapai sasarannya untuk memenangi sebuah "Major". 
Pemain  nombor satu "Asian Tour", Aniban Lahiri, akan menjadi permain golf berasal dari India yang ketiga untuk bermain di padang Agusta National Golf Club semasa kejohanan "The Masters". Lahiri mengetahui bahawa kejohanan ini merupakan batu loncatan pada kejayanya. "Saya sangat teruja kerana penyertaan dalam kejohanan merupakan impian semua permain. Kemahuan untuk berlawan dan memenangi kejohanan tersebut. berikut merupakan perkara yang kita impi-impikan. Perkara ini juga merupakan perkara yang istimewa untuk bermain di Agusta National semasa kejohanan ini," kata Lahiri. Permain berumur 27 tersebut telah menikmati 12 bulan yang menakjubkan di Asia Tour dengan memenangi 4 kejohanan pada waktu keemasan ia termasuklah 2 kemenangan yang berturutan iaitu kejohanan Europe di Malaysia dan India pada bulan Febuary. setelah memecah tempat top-50 di dunia dan mendapat penyertaan pada kejohanan "The Master", Lahiri, yang berada di tempat ke-34 di dunia sekarang, mengetahui bahawa minggu yang menjadi perhatian itu akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada seluruh India dan Asia. Lahiri akan mengingat kembali penyertaan The Open pada tahun 2012 dimana beliau telah berkongsi tempat ke-31 menjadikannya sebagai motivasi untuk kejohanan ini. 
Lahiri akan memberi lebih perhatian dalam menyiapkan "game plan" yang bagus terutamanya dalam mengatasi green yang susah di Agusta National.    

Sunday, 15 March 2015

merotan anak

       Keganasan rumah tangga adalah satu isu yang sering meningkat di Negara kita. Punca keganasan rumah tangga ini adalah daripada suasana sekeliling, status dan latar belakang keluarga. Keganasan yang sering berlaku di Negara kita melinkungi penderaan kanak-kanak, penderaan isteri dan penderaan orang gaji.
Pada minggu yang lepas, terdapat satu artikel tentang hukuman keatas ibubapa yang merotan anak. Tidak salah kalau seseorang ibubapa merotan anaknya sebagai satu pengajaran tetapi kadang-kadang kerana ibubapa terlebih marah, mereka merotan dengan sepenuh kuasa berulang-ulang kali dan ini menyebabkan anak cedera dan perkara ini akan mempengaruhi pemikiran anak tersebut. Setelah seorang anak dirotan teruk oleh ibubapanya, pemikiran anak tersebut akan dipengaruh untuk bersifat ganas. Ini menyebabkan anak tersebut bertindak ganas di sekolah atau keganasan rumah tangga berlaku apabila anak tersebut dah besar. Ibubapa boleh menggunakan cara lain yang lebih sesuai dan tidak bertindak ganas untuk mendidik anak supaya anak tersebut tidak menerima kecederaan fizikal atau mental.

 Hukuman patut dilaksanakan untuk memastikan bilangan keganasan rumah tangga dikurangkan and memastikan anak-anak pada masa depan dapat membesar dengan layanan dan didikan yang sesuai. Ceramah tentang cara mendidik anak yang betul patut diadakan untuk kesedaran ibubapa tentang cara yang betul untuk mendidik anak-anak. Kurangnya keganasan dalam negara kita, lebih aman negara kita.