Keganasan rumah tangga adalah satu isu yang sering
meningkat di Negara kita. Punca keganasan rumah tangga ini adalah daripada suasana
sekeliling, status dan latar belakang keluarga. Keganasan yang sering berlaku
di Negara kita melinkungi penderaan kanak-kanak, penderaan isteri dan penderaan
orang gaji.
Pada minggu yang lepas, terdapat satu
artikel tentang hukuman keatas ibubapa yang merotan anak. Tidak salah kalau
seseorang ibubapa merotan anaknya sebagai satu pengajaran tetapi kadang-kadang
kerana ibubapa terlebih marah, mereka merotan dengan sepenuh kuasa
berulang-ulang kali dan ini menyebabkan anak cedera dan perkara ini akan mempengaruhi
pemikiran anak tersebut. Setelah seorang anak dirotan teruk oleh ibubapanya, pemikiran
anak tersebut akan dipengaruh untuk bersifat ganas. Ini menyebabkan anak
tersebut bertindak ganas di sekolah atau keganasan rumah tangga berlaku apabila
anak tersebut dah besar. Ibubapa boleh menggunakan cara lain yang lebih sesuai dan
tidak bertindak ganas untuk mendidik anak supaya anak tersebut tidak menerima
kecederaan fizikal atau mental.
Hukuman patut dilaksanakan untuk memastikan bilangan keganasan rumah tangga dikurangkan and memastikan anak-anak pada masa depan dapat membesar dengan layanan dan didikan yang sesuai. Ceramah
tentang cara mendidik anak yang betul patut diadakan untuk kesedaran ibubapa
tentang cara yang betul untuk mendidik anak-anak. Kurangnya keganasan dalam negara kita, lebih aman negara kita.
No comments:
Post a Comment