Sejak
akhir-akhir ini, kes jenayah semakin menjadi-jadi dan semakin menigkat.
Pelbagai jenis jenayah berlaku setiap hari sehingga membimbangkan semua pihak
kerana jenayah mengancam keamanan, ketenteraman, dan kebahagiaan masyarakat dan
Negara. Terdapat dua jenis jenayah, jenayah ringan dan jenayah berat. Jenayah
ringan adalah seperti mencuri, samun dan meragut dan jenayah berat termasuk
membunuh, merogol, mendera atau mengedar dadah. Kebanyakan kes jenayah ini
berlaku disebabkan kekurangan duit dan terdesak untuk melakukan jenayah untuk
mendapatkan duit untuk teruskan kehidupan seharian. Kekurangan didikan atau
didikan yang salah juga adalah punca yang menyebabkan kes-kes jenayah ini
berlaku. Pada masyarakat kini, kita boleh lihat kes jenayah juvana yang melibatkan
pelajar sekolah semakin meningkat dengan kadar yang sangat membimbangkan kerana
generasi ini adalah masa depan Negara kita. Menurut statistik, pada tahun lepas
terdapat 7,816 kes jenayah juvana iaitu kes yang melibatkan pelajar sekolah.
Bilangan ini agar mengejutkan walaupun kebanyakan daripada kes ini adalah kes
jenayah ringan. Faktor-faktor yang melibatkan pelajar sekolah dalam kes jenayah
ini adalah didikan yang tidak betul dan kekurangan kasih sayang oleh ibu bapa.
Didikan
adalah sangat penting dalam pembagunan seorang anak kerana semasa anak itu
kecil, anak itu akan menyerap apa-apa saja yang berlaku disekelilingnya dan
percaya cakap-cakap orang lain disebabkan pemikirannya masih mentah. Semua ibu
bapa ingin anaknya menjadi seorang insan yang baik pada masa depan, tetapi
terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anak tersebut tidak dapat didikan
yang betul. Antaranya adalah masyarakat kini yang sibuk dan ibu bapa tidak
dapat meruangkan masa untuk mendidik anak dan akhirnya anak tersebut belajar
ataupun terdedah kepada pengaruh kawan di sekolah. Kerana anak tersebut berada
di sekolah pada masa yang panjang dan anak tersebut akan mendapat lebih
perhatian dari kawan berbanding ibu bapa di rumah. Apabila anak tersebut
percaya kawannya lebih dari ibu bapa di situ bermulanya kes-kes jenayah ini. Kasih
sayang amat diperlukan oleh anak kerana apabila anak tersebut dapat kasih
sayang yang mengcukupi anak tersebut akan ingat ibu bapa dalam setiap perbuatan
anak tersebut dan anak tersebut tidak senang dipengaruh oleh orang lain.
Apabila seorang anak tidak dapat kasih sayang yang mencukupi, anak tersebut
akan menjadi panas baran dan ganas kerana tidak cukup kasih sayang oleh ibu
bapa.
Kes
jenayah juvana ini amat membimbangkan masyarakat dan Negara, pihak berkuasa
perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan sebanyak mungkin atau menbasmikan
kes-kes juvana ini seperti kempen, ceramah atau mengetatkan undang-undang dan
mengambil tindakan yang lebih keras keatas juvana ini kerana generasi ini akan
menentukan masa depan Negara kita.
No comments:
Post a Comment