Wednesday, 22 April 2015

Sejarah Golf di Malaysia

            Pada masa yang dulu, permainan golf adalah salah satu sukan yang berprestige, hanya golongan elite dan golongan diRaja boleh bermain permainan ini. Dan pada masa kini, permainan golf ini tidak lagi dimonoplolikan oleh golongan elite dan golongan diRaja kerana permainan ini bermula berkembang dengan maju di Negara kita dan sukan ini terbuka kepada orang ramai. Hampir semua lapisan masyarakat dari murid hingga pesara berminat permainan golf. Di Malaysia sahaja dianggarkan ada 300 padang golf dan kadar pertumbuhan setiap tahun 5%.
            Golf dibawa masuk oleh British semasa British menjajah Malaysia. Pada masa itu, golf hanya terbuka kepada golongan elit dan diRaja. Selepas Malaysia merdeka, permainan ini bermula berkembang di seluruh Malaysia dan terbuka kepada orang ramai. Apabila permainan ini dibuka kepada orang ramai, bilangan pemain golf di Malaysia meningkat menyebabkan kehendakan padang golf tidak mencukupi dan lebih banyak padang golf dibina. Daripada pemain golf di Malaysia ini, ada sebilangan pemain yang handal dalam sukan ini dan pemain ini bermain golf untuk mendapatkan keuntungan. PGM (PROFESSIONAL GOLF MALAYSIA) Tour yang ditubuhkan oleh Tun Ahmad Sarji, bertujuan untuk menganjur pertandingan untuk pemain-pemain handal ini untuk memajukan sukan ini dan menjadikan pemain Malaysia lebih terkenal di pentas antarabangsa. MGA (MALAYSIA GOLF ASSOCIATION) adalah satu organisasi yang ditubuhkan untuk menjaga pemain amatur di Malaysia. MGA mengadakan pelbagai program dan pertandingan untuk pemain amatur. Program dan pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan sikap bertanding diantara permain amatur dan menambah baikan kemahiran pemain tersebut.
            Golf adalah satu permainan yang boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira umur dan jantina. Permainan golf ini juga boleh dijadikan sebuah kerjaya dimana seseorang permain boleh bermain secara professional ataupun jurulatih. Permainan golf ini boleh berkembang lagi di negara kita dan dijadikan lebih maju seperti negara-negara barat. 

No comments:

Post a Comment