Sunday, 15 March 2015

merotan anak

       Keganasan rumah tangga adalah satu isu yang sering meningkat di Negara kita. Punca keganasan rumah tangga ini adalah daripada suasana sekeliling, status dan latar belakang keluarga. Keganasan yang sering berlaku di Negara kita melinkungi penderaan kanak-kanak, penderaan isteri dan penderaan orang gaji.
Pada minggu yang lepas, terdapat satu artikel tentang hukuman keatas ibubapa yang merotan anak. Tidak salah kalau seseorang ibubapa merotan anaknya sebagai satu pengajaran tetapi kadang-kadang kerana ibubapa terlebih marah, mereka merotan dengan sepenuh kuasa berulang-ulang kali dan ini menyebabkan anak cedera dan perkara ini akan mempengaruhi pemikiran anak tersebut. Setelah seorang anak dirotan teruk oleh ibubapanya, pemikiran anak tersebut akan dipengaruh untuk bersifat ganas. Ini menyebabkan anak tersebut bertindak ganas di sekolah atau keganasan rumah tangga berlaku apabila anak tersebut dah besar. Ibubapa boleh menggunakan cara lain yang lebih sesuai dan tidak bertindak ganas untuk mendidik anak supaya anak tersebut tidak menerima kecederaan fizikal atau mental.

 Hukuman patut dilaksanakan untuk memastikan bilangan keganasan rumah tangga dikurangkan and memastikan anak-anak pada masa depan dapat membesar dengan layanan dan didikan yang sesuai. Ceramah tentang cara mendidik anak yang betul patut diadakan untuk kesedaran ibubapa tentang cara yang betul untuk mendidik anak-anak. Kurangnya keganasan dalam negara kita, lebih aman negara kita.